بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih bernafas di bumiNya.
Terima kasih kepada mereka yang masih menyokong dan memberi dorongan kepada saya. (ceh macam artis pulak ). Okay sebelum meneruskan penaipan saya ini , skrg saya berada di Unikl MICET menyambung stadi di dlm bidang engineering , dan berada di sem 2. Allhamdulillah setakat ini saya dh jumpa ramai kawan2 yang friendly dan baik serta menegur saya kalau buat salah. Walaupun ada je salah faham ngan kawan akhirnya berbaik sebab Allah kan tak suka org memutuskan silaturrahim.
Entri kali ini ialah berubah , ye berubah. Mesti ada dalam hati korang kan niat nak berubah . Mesti ada sikit niat nak berubah tu , kalau bukan 100 % atleast ada 0.000001% kan kan? Syabas kalau anda ada niat nak berubah, Kiranya Allah dah bagi hidayah kt korang tu untuk jadi org yang lebih baik.
Allah suka taw orang yang berubah ke arah kebaikan ni, ke arah merapatkan hubungan dgnNya.
Semakin kita mendekati Allah , semakin banyak dugaan . Sebab tu senyum je okay :) Jangan mengeluh dengan dugaan dan banyakkan bersabar. Kerana Allah suka org yang bersabar.
Saya bukannya seorang yang perfect, banyak je buat salah. Ada je yang kutuk belakang , ada je yang xsuka. Tapi korang ingt , pesan kat diri macam ni k. "Allah sayang saya , tu yang Allah bagi ujian dekat saya" , sambil tu korang senyum. In Shaa Allah akan rasa tenang dan lega. Tapi jangan la korang senyum sampai 2-3 jam, nnti kawan2 semua takot tgk korg senyum je. Sapa x scary kalau kita senyum sepanjang masa. Ce bayangkan kalau patung yang hidup tu senyum je bukan senyum setakat 1 minit, kalau dah senyum 30 saat korang dh takot apatah lagi kalau kawan korang yang senyum 30 minit tu.
Mohler kita berubah, saya ajak awak berubah ke arah kebaikan. Awak pon bantu saya berubah okay kawan2 ? Kita sama2 bantu membantu . In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan. Urusan kat dunia ni xsemua mudah, sama macam kita amk peperiksaan , ada yg gagal ada yg lulus . Sama juga macam berubah, ada yang gagal untuk berubah dan ada yang berjaya berubah .Teruskan istiqomah ye kawan2.
No comments:
Post a Comment