18 Rabiulawal 1433H - brb





Away to kedah for 2 Days :D





13 Rabiulawal 1433H - Kenangan

Bila dengar je lagu Rabbani - Pergi tak kembali mesti saya teringat dekat arwah opah , 9 haribulan ni dah masuk 4 bulan arwah opah meninggalkan saya . Sejak kecil arwah opah jaga saya dengan kembar dan adik saya . Arwah opah tinggal dgn saya dan keluarga saya. Abah saya cakap masa saya kecik dulu , saya dan kembar saya tolak kerusi masa arwah opah tengah duduk kat atas kerusi haha tak padan dengan kecik betul . Sampai lah saya dah berumur 17 tahun masa tahun lepas arwah opah dah sakit2 , dh berapa hari dia duk hospital .



Masa hari raya tahun lepas arwah opah dibawa pulang sebab nak sambut raya , masa saya dan kembar saya salam arwah dia start menangis , kami terharu sebab saya dan kembar tak rapat sangat dengan arwah opah walaupun duduk serumah. Saya pun salam masa tiba giliran saya , arwah opah mintak maaf kat saya sebab kalau ada buat salah , saya pun mintak maaf kat arwah opah .



Arwah opah pun panggil la saya dan kembar , tapi saya sorang je yang prgi lepastu arwah opah sembang la ngan saya dan saya pegang tapak kaki arwah opah bengkak . Kesian saya tengok arwah masa tu . Arwah opah pun lepas tu gi hospital balik sebab tak sihat masa dia kat hospital dia sempat lagi teringat dekat saya dan kembar saya , masa tu dia tgh terbaring kt katil dia panggil mak saya , 'Andak masakan nasi kat ijah lela dan yana deme lapa tu ' , serious terharu sangat dengan keadaan opah yang ingt lupa tapi dia still ingat kitaorg .



Sebelum tu saya , mak saudara , dan sepupu saya cat la rumah saya untuk menyambut kepulangan arwah opah dari hospital siap bubuh riben kat pintu lagi sambil saya dan makcik tolong pimpin arwah opah , lepas tu arwah opah gunting riben dan kitaorg pun tepuk tangan sambil tangkap gambar walaupun arwah opah pucat masa tu dan sehari sebelum meninggal tu arwah opah dibawa pulang oleh ambulans iaitu hari sabtu ramai la adik beradik mak yang datang sebanyak 11 org termasuk emak saya dan lagi satu adik mak tak balik sebab dia duduk di US .



Doktor pun ckp dh tak boleh nak buat apa , lepas tu saya dan yang lain tlg la bacakan yassin untuk arwah opah di katil di bilik arwah opah yang mana saya tgh tido di bilik ni , ramai la sepupu dan orang datang tgk arwah dan bacakan yassin untuk arwah . Saya pun tertido lepas letih sangat dalam pukul 1 pagi lebih iaitu hari ahad kmbar saya kejut saya cakap opah dh takda terkejut saya then sepupu saya doktor pun ckp ada lagi nyawa , lpas tu saya lega la sebab opah masih ada nyawa lagi , lepas beberapa minit tu opah dh pergi tinggalkan saya dan yang lain . Mak cakap kat saya opah ada bagitahu dia sebelum meninggal tu dia ada sebut malaikat lepas emak tak dengar arwah opah cakap apa lepas itu . Tapi semasa arwah opah meninggal saya tengok dia tersenyum je dan tenanglah orang cakap dan ramai orang sembahyangkan arwah opah saya :) Alhamdulillah murah rezeki arwah opah saya sebab buat pengetahuan anda semua , saya bukan lah nak berlagak ke apa tapi arwah saya suka sembahyang lepas dh masuk azan dan rajin membaca Al-Quran. Insyallah kita akan bertemu di sana tok


p/s : tapi rugi adik saya tak dapat melihat arwah opah buat kali terakhir sebab dia di sekolahnya di Rawang dan marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah opah saya :)

Tarikh meninggal dunia : 9.10.11 (lawa kan tarikh opah meninggal )
waktu meninggal dunia : 1.50 pagi bersamaan hari Ahad
Yang merindui dari cucumu,
Nur Laila

12 Rabiulawal 1433H - Salam Maulidur Rasul




Salam Maulidur Rasul kpd semua Umat Islam :)



Marilah kita semua memperbanyakkan ibadat dan amalam-amalan sunat termasuk juga saya dan semoga hidup kita sentiasa diredhai dan diberkati oleh ALLAH S.W.T. serta mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.