26 Syawal 1433 - Birthday abah


Permintaan abah :-

1. Abah nak hp yg boleh jadi besar and kecik skrin dia - Iphone

2. Abah suh saya amik lesen motor dan kereta

3. Abah suh saya belajar pandai2

Karakter abah :- 

1. Sekepala ngan anak2 dia

2. Suka layan citer nada cinta tapi dah stop layan cite indon lain Pesantren & Rock n Roll

3. Abah suka senyum gigi arnab , eee comel gila !

4. Abah time saya dan ijah sekolah rendah slalu bagi rm 2 beli gula2 kt kedai mamak.

5. Abah suka tgk perempuan bertudung 

Memori saya dengan abah :-

Saya pernah cerita kat abah pasal sorang budak perempuan ni jeles ngan saya ape semua , tapi abah tetap sokong saya . Terharu sangat :)

Abah selalu bawa saya dan adik- beradik gi gunung lang.

Abah slalu bagi alasan kt mak yang kitaorg nak makan buah ape semua , padahal abah yang nak haha . pandai abah kenakan kitaorg 



5 Ramadan 1433 - Abah

5 Ramadan 1433 bersamaan 25 Julai 2012.

Kisah yang tak dapat dilupakan dan akan dijadikan kenangan sampai saya tua.
Anggaran waktu 6.30 petang - Izzah (kembar saya) menelefon saya


 Ijah : Lela , ijah rasa abah takda kot.
 Saya: (saya jatuh terduduk mendengar berita tersebut) serious ke ?
 Ijah : tak confirm lagi sebab doktor tengah check ni.Nanti ijah gtau

 
 Panggilan ditamatkan.


Masa tu juga saya gtau yus , nisa dan shu
Saya : weh kita rasa abah kita takda kot.
Deme pun ckp , jgn main2 weh.


Saya hanya mampu berdoa supaya berita tersebut tak menjadi kenyataan.Saya tak sabar nak tahu tentang keadaan abah. Saya kol berulang kali untuk kepastian . Ya Allah , akhirnya doktor dah sahkan kematian abah saya itu yang ijah gtau kat saya .Saya menangis tak henti2 .Ya Allah betapa sedihnyaa saya , tiba2 memori lama kembali bermain di minda saya .Saya menelefon mak , saya nak balik nak tengok abah. Mak bagitau yg makcik saya akan amik saya di kolej. Dalam perjalanan dari matikulasi perak di gopeng saya menangis tak berhenti2. Teringat kenangan bersama abah :(


 .....................................................................................


Akhirnya saya sampai di rumah , saya nampak banyak kereta di hadapan rumah saya , waktu tu dah lepas maghrib dlm pukul 8 lebih macam tu. Saya masuk kedalam rumah dan ternampak sekujur tubuh yang tidak bernyawa dibaluti dengan kain batik dan selandang putih di muka , tidak salah lagi itu mmg satu-satunya ayah saya yang saya sayangi. Saya berlari jumpa mak dan salam , sambil menangis teresak2 di bahu mak. Mak hanya mampu cakp sabar , mak tak menunjukkan yang dia menangis. Ya, mak mahu tunjukkan yg dia kuat di depan anak-anaknya. Tapi akhirnya mak nangis jua.


Selepas tu saya masuk bilik depan , ternampk kawan lama saya iaitu lila , nadhirah dan anje dan beberapa kawan ijah dari sekolah megat. Saya peluk kawan saya sambil menangis teresak2 , saya tak mampu tahan air mata lagi. Air mata ni tak berhenti2 mengalir . Lepastu kawan saya sempat buat lawak , laila pipi kamu dah berisi la , ok saya hanya tergelak then ijah ajak saya tengok abah, saya taknak sebab sedih dan tak sangka itu abah saya , yang sedang dibaluti kain.


Ya Allah saya tak sanggup tengok, saya takut air mata saya akan menitis lagi. Akhirnya, saya gagahkan diri juga duduk sebelah abah, dan air mata saya sekali tumpah. Saya sentuh tapak kaki ayah saya memang sejuk , dan saya cium dahi ayah saya , sejuknyaa macam ta caya saya sedang cium dahi ayah saya sb tak rasa pun mcm saya cium dahi ayah saya. Tak terasa mulut saya menyentuh dahi dia.Saya bersyukur sangat , ayah saya dimurahkan rezeki dengan ramai org datang tak putus2 dan ramai yang menyembahyangkan jenazah abah, cikgu2 skola lama saya pun datang . Saya tak larat nak menangis . Saya sempat tangkap gambar abah dan rakam video untuk buat kenangan.


25//7/2012 - Abah kembali ke rahmatullah 
26/7/2012 - Pengurusan untuk pengebumian abah. 
08..52 pagi - solat jenazah abah di masjid di taman keledang 
09.59 pagi - Masukkan jenazah abah di dalam liang lahad 
10.05 pagi- Kebumikan jenazah abah





Thks abah sebab jaga kita orang , abah tak pernah pun pukul kitaorg :) I'll always remember u

18 Rabiulawal 1433H - brb





Away to kedah for 2 Days :D





13 Rabiulawal 1433H - Kenangan

Bila dengar je lagu Rabbani - Pergi tak kembali mesti saya teringat dekat arwah opah , 9 haribulan ni dah masuk 4 bulan arwah opah meninggalkan saya . Sejak kecil arwah opah jaga saya dengan kembar dan adik saya . Arwah opah tinggal dgn saya dan keluarga saya. Abah saya cakap masa saya kecik dulu , saya dan kembar saya tolak kerusi masa arwah opah tengah duduk kat atas kerusi haha tak padan dengan kecik betul . Sampai lah saya dah berumur 17 tahun masa tahun lepas arwah opah dah sakit2 , dh berapa hari dia duk hospital .



Masa hari raya tahun lepas arwah opah dibawa pulang sebab nak sambut raya , masa saya dan kembar saya salam arwah dia start menangis , kami terharu sebab saya dan kembar tak rapat sangat dengan arwah opah walaupun duduk serumah. Saya pun salam masa tiba giliran saya , arwah opah mintak maaf kat saya sebab kalau ada buat salah , saya pun mintak maaf kat arwah opah .



Arwah opah pun panggil la saya dan kembar , tapi saya sorang je yang prgi lepastu arwah opah sembang la ngan saya dan saya pegang tapak kaki arwah opah bengkak . Kesian saya tengok arwah masa tu . Arwah opah pun lepas tu gi hospital balik sebab tak sihat masa dia kat hospital dia sempat lagi teringat dekat saya dan kembar saya , masa tu dia tgh terbaring kt katil dia panggil mak saya , 'Andak masakan nasi kat ijah lela dan yana deme lapa tu ' , serious terharu sangat dengan keadaan opah yang ingt lupa tapi dia still ingat kitaorg .



Sebelum tu saya , mak saudara , dan sepupu saya cat la rumah saya untuk menyambut kepulangan arwah opah dari hospital siap bubuh riben kat pintu lagi sambil saya dan makcik tolong pimpin arwah opah , lepas tu arwah opah gunting riben dan kitaorg pun tepuk tangan sambil tangkap gambar walaupun arwah opah pucat masa tu dan sehari sebelum meninggal tu arwah opah dibawa pulang oleh ambulans iaitu hari sabtu ramai la adik beradik mak yang datang sebanyak 11 org termasuk emak saya dan lagi satu adik mak tak balik sebab dia duduk di US .



Doktor pun ckp dh tak boleh nak buat apa , lepas tu saya dan yang lain tlg la bacakan yassin untuk arwah opah di katil di bilik arwah opah yang mana saya tgh tido di bilik ni , ramai la sepupu dan orang datang tgk arwah dan bacakan yassin untuk arwah . Saya pun tertido lepas letih sangat dalam pukul 1 pagi lebih iaitu hari ahad kmbar saya kejut saya cakap opah dh takda terkejut saya then sepupu saya doktor pun ckp ada lagi nyawa , lpas tu saya lega la sebab opah masih ada nyawa lagi , lepas beberapa minit tu opah dh pergi tinggalkan saya dan yang lain . Mak cakap kat saya opah ada bagitahu dia sebelum meninggal tu dia ada sebut malaikat lepas emak tak dengar arwah opah cakap apa lepas itu . Tapi semasa arwah opah meninggal saya tengok dia tersenyum je dan tenanglah orang cakap dan ramai orang sembahyangkan arwah opah saya :) Alhamdulillah murah rezeki arwah opah saya sebab buat pengetahuan anda semua , saya bukan lah nak berlagak ke apa tapi arwah saya suka sembahyang lepas dh masuk azan dan rajin membaca Al-Quran. Insyallah kita akan bertemu di sana tok


p/s : tapi rugi adik saya tak dapat melihat arwah opah buat kali terakhir sebab dia di sekolahnya di Rawang dan marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah opah saya :)

Tarikh meninggal dunia : 9.10.11 (lawa kan tarikh opah meninggal )
waktu meninggal dunia : 1.50 pagi bersamaan hari Ahad
Yang merindui dari cucumu,
Nur Laila

12 Rabiulawal 1433H - Salam Maulidur Rasul




Salam Maulidur Rasul kpd semua Umat Islam :)



Marilah kita semua memperbanyakkan ibadat dan amalam-amalan sunat termasuk juga saya dan semoga hidup kita sentiasa diredhai dan diberkati oleh ALLAH S.W.T. serta mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.